Monday, September 20, 2010

Kembara Lawatan Ke USM 1





Perhatian semua ex-sri, Ustaz Wan Chit telah dimasukkan ke hospital USM akibat terjatuh daripada pokok dukung, setinggi 12 kaki. Puncanya akibat daripada, terpijak julai yang hampir patah mengakibatkan patah pinggang, kejadian ini berlaku pada hari rabu, raya keenam ketika sedang beraya dirumah orang tua isterinya di Kuala Krai. Ekoran kejadian itu, beliau lumpuh dan telah dibedah kelmarin untuk memasukkan besi kedalam pinggang beliau. Dek kerana itu, ahli pimpinan ASLAH bersama Ustaz Faisal dan Abg Syahiran (PPIK) dan beberapa orang guru Sri telah melawat Ustaz Wan Chit pada petang tadi di Wad 2 Zamrud Hospital USM Kubang Kerian. Oleh itu sama-sama lah kita berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan dan kesabaran kepada Ustaz wan Chit khasnya dan keluarganya umumnya. InsyaAllah.

" Syafaka Allah "

Kembara Lawatan Ke USM 2



Makan mee Kg Pek, Ustaz Faisal yang belanja, he3........

Solat Hajat UPSR dan SPRA




Hari Ahad malam Isnin
Dewan Solat Masjid Kompleks Al-Hikmah
Pukul 8 hingga 9.30 malam

Solat hajat yang dikendalikan oleh Ustaz Zainuddin (Timbalan Pengurus Kompleks Masjid Al-Hikmah).
bermula pada pukul 8 malam yang dimulai dengan bacaan Ayat suci Al-Quran surah Yaasin kemudian satu sesi ceramah untuk memenuhi ruang masa sebelum menunaikan solat Isya' berjamaah. Selepas itu baru lah solat hajat dilakukan. InsyaAllah, semoga calon2 SRI Al-Hikmah akan cemerlang dan berjaya dalam peperiksaan.