Alumni SRI Al-Hikmah | ASLAH
Ukhuwah Antara Ahli.... Formulasi tarbiyyah Imam Hassan Al-Banna : أصلح نفسك ودعوا غيرك
Thursday, January 3, 2013
Wednesday, December 12, 2012
15 Anugerah Allah pada Wanita
Pada suatu ketika di Madinah,
Rasulullah s.a.w. Keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang
wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu
menyembahyangkan mayat?
” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah Dan tidak Ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah Dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan DOA keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit Dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat Dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di Hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang Dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar Dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka Dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka Dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat Dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di Mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : ” Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut Dan janggut suaminya, memotong misai Dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut Dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga Dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka Dan selamatlah IA melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar Dan berjuang ke jalan Allah Dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat Dan bidadari Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga Dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan Dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya Dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya IA menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya IA mentaati perintah tersebut Dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau Dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Jaga 7 Sunnah Rasulullah
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:
membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga:
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima:
jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam:
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:
amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak
pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas
darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan
dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia".
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa
pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan
kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka
ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat
sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan
Hakim.
Thursday, August 30, 2012
Menyuluh Ukhuwwah Yang Hilang
Assalamu'alaikum w.b.t
Perhatian kepada semua ahli ASLAH,
Persatuan Alumni Pelajar Islam Sri Al-Hikmah (ASLAH) akan menggubal sistem pengurusan (Management System) yang mana telah diguna pakai sejak sekian lama. Sempena menjenama kan semula ASLAH untuk lebih kehadapan, AMT bersama penasihat ASLAHakan bermesyuarat untuk menggubal peruntukan sedia ada bermula dari portfolio kerja sehingga melantik AMT & AMK yang baru bagi memastikan matlamat yang di tetapkan akan tercapai.
Oleh itu, saya selaku Setiausaha Agung ASLAH bagi sesi 2011 mengalu-alukan cadangan dan komentar yang membina dari pihak anda semua. Juga, saya mengucapkan Tahniah dan memohon maaf akan ahli ASLAH yang bakal dilantik bagi mengisi kekosongan AMT & AMK ASLAH bagi sesi baru ni. Saya berharap ahli yang bakal dilantik terbuka hati untuk menerimanya dan dapat memberikan kerjasama bagi mengapai objektif ASLAH.
Sekian dari saya,
Muhammad Rabbani Bin Ruslan,
Setiausaha Agung,
Persatuan Alumni Pelajar Islam Sri Al-Hikmah.

"Menyingkap Asrar Pemuda di Balik Tirai Ukhuwwah"
Muhammad Rabbani Bin Ruslan,
Setiausaha Agung,
Persatuan Alumni Pelajar Islam Sri Al-Hikmah.
*BANGKITLAH REMAJA ISLAM*
-PEMUDA
BERANI-
Sewaktu peperangan Badar pada
bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah,berlaku satu peristiwa tentang kehebatan
pemuda yang berani.Abdul Rahman bin Auf r.a. menceritakan : “Ketika aku berdiri
di tengah-tengah barisan semasa peperangan Badar,aku menoleh ke kanan dan ke
kiriku,tiba-tiba aku terpandang dua orang pemuda Ansar yang masih remaja.Aku
benar-benar berhasrat untuk bersama dengan mereka berdua.
Salah seorang daripada mereka bertanya kepadaku:’ Wahai pakcik,adakah
pakcik kenal Abu Jahal?’
Aku menjawab: ‘Ya!Aku mengenalinya,mengapa kamu menghajatinya wahai
anak saudaraku?’
Lalu dia berkata:’Aku pernah diberitahu bahawa
Abu Jahal pernah mencaci maki Rasulullah s.a.wDemi allah yang jiwaku berada
dalam kekuasaan-Nya,sekiranya aku melihat Abu Jahal,aku akan berlawan dengannya
satu lawan satu sehingga terbukti siapa yang akan mati terlebih dahulu.’
Aku begitu kagum dengan tekad
dan semangat anak muda tersebut.Kemudian pemuda yang seorang lagi pun berkata
sedemikian kepadaku.Tidak beberapa lama kemudian,aku melihat Abu Jahal muncul
dari jauh dan mundar-mandir di antara orang ramai.Aku katakan kepada kedua-dua
orang pemuda itu : ‘bukankah sekarang kalian sudah melihat Abu Jahal.Itulah dia
lawan yang kamu berdua tanyakan tadi.’
Mereka mendekati Abu Jahal dan
tanpa menunggu lebih lama lagi mereka menghunuskan pedang ke arah Abu Jahal
sehingga dia meninggal dunia ketika itu juga.Pemuda yang berani tersebut adalah
Muaz bin Amru al-Jamuh yang berusia 14 tahun dan Muawwiz bin Afra’ yang berusia 13
tahun.”
ALLAH S.W.T BERFIRMAN,MAKSUDNYA
; “KAMI CERITAKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) PERIHAL MEREKA DENGAN
BENAR;SESUNGGUHNYA MEREKA ITU ORANG PEMUDA YANG BERIMAN KEPADA TUHAN MEREKA,DAN
KAMI TAMBAHKAN MEREKA DENGAN HIDAYAH PETUNJUK.” [SURAH AL-KAHFI 18:13}
Jika
diperhati dengan teliti,kita akan dapati bahawa pemuda-pemudi merupakan asas
yang utama dalam pembinaan setiap kerja.Al-Quran sendiri jelas menegaskan
beberapa ayat yang khusus menyentuh peribadi pemuda.Tidak kurang juga Baginda
s.a.w. kerap kali mengisyaratkan kedudukan golongan muda pada tempat yang
tinggi.rasulullah s.a.w. bersabda,maksudnya : “Seandainya agama itu berada di
bintang,nescaya salah seorang daripada lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi
akan pergi ke sana untuk mendapatkannya.”
Begitu
hebatnya zaman remaja para sahabat Nabi s.a.w. yang diasuh mengikut
pentarbiahan nabawi berlandaskan al-Quran dan sunnah.Generasi pemua kini
memerlukan kekuatan pentarbiahan yang berterusan bagi pemantapan akidah,akhlak
dan jiwa agar mereka semakin taat kepada perintah Allah.Ini bermaksud,sekiranya
pemuda Islam tidak mengerti hakikat tarbiah dalam pengertian sebenar,maka tidak
akan tercapai sebagaiman generasi pemuda dahulu.
Golongan
yang dinamakan pemuda mestilah mengambil langkah tertentu bagi melakukan
persediaan.Apa yang digarapkan oleh Imam Hassan al-Banna kepada pemuda dalam
kitabnya; Majmu’ Rasa’il merupakan panduan penting kepada kejayaan dan membina
kehidupan pemuda yang gemilang.Secara ringkasnya seperti berikut:
1-Membina
peribadi Muslim
2-Membentuk keluarga Muslim
3-Menjana masyarakat Muslim
4-Memilih teman yang baik
Friday, June 8, 2012
Kisah Ashabul Ukhdud (Ghulam Dakwah)
Pada
masa dahulu raja-raja bergantung kepada ahli sihir untuk mengukuhkan
lagi takhta kerajaan mereka .Sihir digunakan oleh pemerintah untuk
menipu orang ramai yang menyebabkan mereka menjadikan raja sebagai tuhan
selain daripada Allah swt. Rasulullah saw telah memberitahu bahawa ada
seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir yang sudah lanjut
usianya. Tukang sihir ini merasa takut akan kehilangan ilmunya dan
meminta agar raja tersebut mencari seorang budak yang bijak dan menonjol
pada masa itu untuk mewarisi ilmu dan kesesatanya. Raja itu menunaikan
hajat tujang sihir tadi.
Pada suatu hari ketika budak itu berulang alik dari istana, dia telah
melalui satu tempat yang merupakan tempat tinggal seorang rahib (ahli
agama ) yang mana dia begitu tertarik kepadanya dan mendengar segala
nasihat daripada rahib tadi. Setelah budak itu mengadu kepada rahib
tersebut mengenai tindakan ahli sihir yang akan dikenakan jika dia
terlewat kerana belajar dengan rahib. Lalu rahib itu memberi cadangan
iaitu jika tukang sihir itu bertanya tentang kelewatannya maka
katakanlah bahawa keluarganya telah menyekatnya dan jika ditanya oleh
keluargamu maka katakanlah bahawa tukang sihir telah menahannya yang
menyebabkan dia kelewatan.
Pada suatu hari budak tersebut telah terserempak dengan seekor binatang
besar yang menahan dan menyekat orang ramai yang mana ia kemungkinan
sebagaimana singa atau ular yang besar. Rentetan daripada masalah ini,
timbullah satu peluang bagi budak tersebut untuk menyelesaikan perkara
di antara tukang sihir dan rahib bagi mengetahui yang manakah di anatara
mereka berdua berada di dalam kebenaran . Lalu dia pun mengambil
seketul batu dan melontar kepada binatang tersebut dengan memohon kepada
tuhan agar membunuh binatang tersebut jika sekiranya rahib itu lebih
diredahaiNya berbanding dengan tukang sihir itu. Tiba-tiba binatang itu
tersungkur dan rebah dengan lontaran tadi sedangkan orang ramai
menyangka bahawa binatang tersebut tersungkur kerana kelebihan daripada
ilmu sihir yang dipelajarinya.
Setelah rahib tersebut mengetahui bahawa budak tersebut akan diuji
kerana telah memperlihatkan ilmunya, maka dia meminta agar budak itu
tidak berdakwah secara senyap sebagaimana yang dilakukan oleh rahib
tersebut tetapi sebaliknya rahib tersebut meminta agar tidak memberitahu
mengenainya kepada orang ramai. Pesan rahib lagi bahawa orang mukmin
itu meminta kesejahteraan hanya kepada Allah dan jika diuji dia
bersabar.
Allah swt telah mengurniakan kepada budak tadi kelebihan menyembuh
penyakit-penyakit di antaranya mencelikkan penglihatan dan menyembuhkan
penyakit sopak yang mana dia memberitahu bahawa penyembuhnya adalah
Allah.Sesiapa yang beriman kepada Allah maka Dialah jua penyembuhnya.
Budak tadi tetap dalam menyebarkan dakwah ketika mengubati penyakit
orang ramai.Tersebarlah berita mengenai kehebatan budak tadi kepada
salah seorang pegawai istana yang buta . Tanpa berlengah, dia pun
memberikan kepada budak tadi satu hadiah yang besar untuk mengubatinya.
Budak tersebut memberitahu bahawa penyembuhnya adalah Allah. Jika dia
beriman kepada Allah, dia akan berdoa kepada Allah supaya Dia
menyembuhkan penyakitnya. Pegawai tadi terus beriman dan penyakitnya
disembuhkan dengan berkat daripada doa budak tadi.
Pada suatu hari, pegawai tadi telah menghadiri suatu majlis yang mana
raja berasa hairan terhadap apa yang berlaku kepada pegawai itu. Maka
dia bertanya:” Siapakah yang menyembuhkan penglihatanmu”. Lalu pegawai
tersebut menjawab:”Tuhanku” . Maka b raja tersebut bertanya lagi :
“Adakah bagi kamu tuhan selain daripadaku ?”. Pegawai itu
menjawab:”Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah “. Maka raja tersebut begitu
marah apabila mendengar jawapan itu yang mana dia menganggap bahawa
kata-kata pegawai nya tadi boleh membawa kepada fitnah yang besar dan
boleh menggugat takhta dan pemerintahannya. Ini akan menyebabkan rakyat
akan merasa bahawa selama ini mereka telah ditipu dengan dakwaan raja
yang mendakwa dirinya sebagai tuhan yang patut disembah selain daripada
Allah dan menganggap dirinya sebagai tuhan manusia . Tukang-tukang sihir
dan pegawai-pegawai yang jahat itu bekerja siang dan malam dalam
memperbaiki aqidah pegawai tadi maka gementarlah hati raja tersebut
kerana bimbang takhta pemerintahannya akan tergugat. Dia telah menyiksa
pegawai itu sehinggalah dia memberitahu mengenai beritahu budak
tersebut.
Apabila budak tadi datang ke istana yang mana raja itu menyangka bahawa
budak tadi telah mencapai suatu tahap ilmu sihir hasil daripada tunjuk
ajar tukang sihirnya.Tetapi ternyata sangkaannya itu meleset sama sekali
apabila budak tadi mengingkari sihir dan tukang sihir yang mana dia
memberitahu mereka bahawa dia tidak menggunakan ilmu sihir untuk
mengukuhkan kedudukan takhta dan menyembah raja itu.Sebaliknya dia akan
berdakwah kepada manusia supaya mengingkari raja tersebut dan beriman
kepada Allah s.w.t yang Esa.
Maka raja
tersebut pun menyeksa budak tadi dengan tujuan untuk mengetahui punca
fitnah yang berlaku kepadanya sehinggalah budak tadi memberitahu
mengenai rahib tadi. Maka terjadilah perkara yang ditakuti oleh rahib
tadi berkenaan perkara yang tidak diingini berlaku. Maka diazabnya rahib
tadi agar meninggalkan agamanya namun ia enggan dan tetap bersabar
sehinggalah sampai ke kemuncaknya yang mana badannya dibelah duadengan
gergaji.Begitu juga yang berlaku kepada pegawainya yang beriman itu
.Begitulah pemuda yang sabar di dalam menahan azab ketika dalam mehnah
dan ujian dengan mengutamakan iman daripada kehidupan mereka .Walaupun
mereka diuji dengan azab, namun pada hakikatnya mereka berada di dalam
pertolongan dan perlindungan Allah s.w.t serta mendapat keredaanNya
dengan memperolehi syurga dan dijauhkan daripada azab neraka yang mana
pada hari qiamat mereka ditolong oleh Allah s.w.t .
Raja tersebut cuba mempengaruhi budak tadi kerana ia boleh mengukuhkan
kedudukannya jika dia kembali kepada agama asalnya kerana budak tadi
memiliki sifat-sifat yang unik. Tambahan pula bapanya adalah daripada
kalangan pembesar negara yang mana raja itu tidak mahu menimbulkan
kemarahan bapa budak tersebut dan kekecohan di kalangan kaumnya. Setelah
gagal melembutkan hati budak tadi, mereka telah merancang untuk
membunuhnya dengan pelbagai cara disamping masih memberi peluang kepada
budak tadi untuk kembali kepada aqidah asalnya dengan menganggap bahawa
caran itu akan dapat menakutkan budak tersebut tetapi mereka telah
silap.Rancangan pertama ialah menghantar budak tadi ke puncak gunung
untuk dihumbankan ke lembah yang curam .Lalu budak itu berdoa kepada
tuhanNya. Tiba-tiba bergegarlah gunung tersebut dan jatuhlah semua
pegawai-pegawai raja ke dalam lurah yang tinggi itu.Kembalilah budak
tadi kepada raja dengan selamatnya dan memberitahu akan mengenai apa
yang menimpa pegawai-pegawai bersamanya tadi.
Selepas gagal cubaaan pertama, lalu dihantar pula ke tengah laut untuk
dihumbankan ke dasar lautan jika dia masih enggan kembali ke agama
asalnya . Maka berdoalah budak tadi kepada Tuhannya. Doanya dimaqbulkan
yang mana kesemua pegawai tadi ditenggelamkan oleh Allah s.w.t. Budak
tadi kembali semula kepada raja dengan selamatnya.
Suatu peringatan yang penting di sini ialah mengenai tindakan budak
tadi yang mana dia tidak terus melarikan diri setelah diselamatkan oleh
Allah s.w.t tetapi dia tetap kembali kepada raja tersebut. Ini adalah
kerana dia tidak berniat untuk menyelamatkan dirinya semata-mata tetapi
bertujuan untuk menzahirkan agama Allah s.w.t dan meninggikan
kalimahNya.Tidak syak lagi orang ramai selalu mengikuti perkembangan
perjalanan budak tersebut sehingga mereka mengetahui apa yang berlaku
kepadanya . Setiap perbuatan budak itu menjadi buah mulut di
majlis-majlis dan perayaan-perayaan terutamanya berkaitan dengan
keberanian budak tersebut dalam menghadapi pemerintah yang zalim itu
tanpa rasa gentar dan takut.Sebenarnya orang ramai tidak mempercayai
segala dakwaan raja mereka tetapi oleh disebabkan kezaliman raja
menyebabkan mereka menyembunyikan perkara ini.
Raja menyedari akan kelemahannya untuk membunuh budak tersebut maka
akhirnya budak itu sendiri memberitahu mengenai satu cara yang
membolehkan dirinya dibunuh. Walau dengan apa cara sekalipun yang
dilakukan oleh raja itu namun ia tidak dapat membunuhnya kecuali dengan
cara yang akan diberitahu oleh budak tadi. Budak tadi meminta raja
tersebut supaya mengumpulkan orang ramai di suatu tempat dan mengikatnya
pada suatu batang kayu. Kemudian mengambil anak panah daripada
simpanannya dan memanahnya dengan berkata:” Dengan nama Allah s.w.t
Tuhan budak ini!”. Lalu raja pun memanahnya sebagaimana cara yang di
suruh oleh budak itu.
Begitulah peristiwa yang terjadi yang mana tatkala anak panah itu
terkena ke dada budak tadi, maka raja itu telah memeriksa dengan
meletakkan tangannya pada tempat anak panah tersebut bagi mengesahkan
bahawa dia telah mati. Kematian budak tadi setelah menunjuk cara kepada
raja cara untuk membunuhnya apabila raja tersebut tidak mampu
membunuhnya melainkan dengan cara memanah dengan anak panah yang diambil
dari simpanan budak itu sendiri dan bukan menggunakan anak panah yang
lain sambil melafazkan dengan nama Allah s.w.t Tuhan budak ini .Jika
tidak, maka raja tersebut tetap menemui jalan kebuntuan di dalam
membunuhnya.
Jika perkara ini terjadi pada zaman kita maka sudah tentu menjadi satu
perbalahan dan perbahasan kepada sesetengah orang yang tidak mendalami
dalam bidang agama tentang sejauh mana kebenaran perbuatan budak tadi .
Adakah ia patut menunjukkan jalan kepada raja tersebut cara yang boleh
menyebabkan ia mati ?Atau bukan cara itu akan membunuhnya. Sesetengah
orang yang cetek ilmunya pula mendakwa bahawa perbuatan budak tadi
termasuk di dalam perbuatan membunuh diri. Sebenarnya membunuh diri
adalah perbuatan orang yang berputus asa dan mahu lari daripada
kehidupannya yang sebenar. Sedangkan budak tadi dan orang yang
sepertinya adalah orang yang sanggup berkorban jiwa raga mereka untuk
menyebarkan dan mempertahankan keIslaman dan keimanan mereka .Merekalah
yang menentang kejahatan orang yang berbuat kerosakan dan ini merupakan
herdikan kepada orang kafir.
Bukanlah budak tadi seorang yang bodoh menuntut kematian tetapi
sebenarnya dia begitu berharap dengan kematiannya itu dapat mengajak
orang lain ke arah keimanan kepada Allah s.w.t dan mengajak orang lain
supaya menentang taghut tersebut. Kadang-kadang ketakutan yang ada pada
manusia menyebabkan mereka terhalang daripada mengikuti kebenaran dan
dalam memperkatakan kebenaran tersebut. Tampilnya budak tadi dengan
mengorbankan dirinya tanpa menghiraukan raja dan pegawai-pegawainya
adalah merupakan satu contoh kepada orang ramai dalam menyatakan
kebenarannya.
Setelah budak tersebut hampir menemui ajal ,dengan perasaan lega raja
tersebut merasakan bahawa telah berakhir fitnah terhadapnya dan telah
selesai urusannya dengan mengikis punca dan akar umbi lawannya
itu.Tiba-tiba datang pegawainya dengan tergesa-gesa dan memberitahu
bahawa terjadi perkara yang paling ditakuti oleh raja itu sendiri iaitu
berimannya orang ramai kepada Allah s.w.t . Maka dengan ini
tercapailah segala hasrat dan tujuan budak tadi dengan mengikis
perasaan takut orang ramai tanpa menghiraukan raja berserta pegawainya
dan menjadikan pengorbanan dirinya dijalan Allah s.w.t sebagai suatu
wasilah atau jalan untuk orang ramai beriman dan mentauhidkan Allah
s.w.t .
Kemarahan raja tersebut sampai ke kemuncaknya yang mana dengan segera
dia mengarahkan semua pegawai dan sekutu-sekutunya menggali parit dan
menyalakan api ke dalamnya dengan menghumbankan setiap orang yang tidak
mahu kembali kepada agamanya yang asal. Namun semua orang lebih rela
dihumbankan ke dalam api tersebut kerana api neraka di hari qiamat lebih
ditakuti oleh mereka daripada api dunia yang jauh bezanya, begitulah
mauqif dan pendirian orang mukmin yang sebenarnya.
Suatu peristiwa yang penting di dalam kisah yang bersejarah ini adalah
peristiwa seorang wanita yang masih mempunyai anak kecil di dalam
pangkuannya yang masih menyusu apabila dia menghampiri jurang api
tersebut hampir-hampir dia mahu kembali ke agamanya yang asal lalu
dengan izin Allah s.w.t menjadikan anak yang kecil itu dapat bercakap
kepada ibunya supaya bersabar kerana ia berada di dalam kebenaran dengan
kata-katanya yang berbunyi: bersabarlah ibuku sesungguhnya kita berada didalam kebenaran. Itulah kebesaran Allah
s.w.t untuk mengukuhkan kedudukan dan keimanan orang mukmin. Allah
s.w.t telah merakamkan peristiwa dan sebab pembakaran mereka tersebut di
dalam ayat 8 hingga 9 surah al-Buruj yang bermaksud :”
Dan mereka tidak menyiksa orang-oeang mukmin itu melainkankerana mereka
itu beriman kepada Allah yang maha perkasa lagi maha terpuji yang
mempunyia kerajaan langit dan bumi dan Allah maha menyaksikan segala
sesuatu” .
Begitulah kezaliman dan sifat melampau mereka kerana sanggup membakar
kaumnya sendiri diatas sebab tidak mengikut jalan dan cara yang
diciptakan oleh mereka sendiri.Bagi mereka perkara yang penting ialah
dapat mengekalkan raja dan mempertahankannya jika tidak semua orang akan
di bakar hidup-hidup
PENGAJARAN KISAH
1.
Allah tetap menyempurnakan agamaNya sebagaimana Dia menolong budak
dalam kisah ini. Kaum yang selama ini berada dalam kesesatan dan
kezaliman mendapat hidayah Allah apabila melihat peristiwa yang berlaku
kepada budak itu.Allah taala senantiasa membantu mereka yang menegakkan
dan memelihara serta mempertahankan agamaNya
2.
Allah mampu membangkitkan pendakwah pada agamaNya daripada kalangan org
yang mana pada mulanya dianggap pengukuh kepada kerajaan Thaghut
sebagaimana budak di dalam kisah ini, pada mulanya budak itu menjadi
murid kepada tukang sihir tetapi akhirnya beriman kepada Allah melalui
pengajian yang di perolehi daripada Abid dan akhirnya dia menjadi
penentang paling kuat kepada kerajaan yang zalim itu.
3.
Iman tidak memerlukan masa yang panjang setelah diberi hidayat oleh
Allah didalam hati manusia sebagaimana yang terjadi kepada kaum di dalam
kisah ini.
4. Allah mengurniakan karamah (kemuliaan) kepada wali-waliNya didalam memperkukuhkan lagi keiman adan keyakinan.
5.
Orang kafirn sentiasa bermusuh dengan orang beriman sebagaimana di
gergaji rahib dan pegawai raja yang telah beriman kepada Allah.
6.
Kita wajib bersabar di dalam menempuh ujian sebagaimana sabarnya rahib,
pegawai dan budak itu serta kaum yang telah dihumbankan ke dalam lubang
api.
7. Di bolehkan membuat helahn dalam peperangan dan perkara yang bertujuan menegakkan kebenaran.
8.
Orang yang jahat sentiasa mahu kejahatan mereka diwarisi kepada orang
lain sebagaimana tukang sihir mahu mengekalkan ilmu sihirnya kepada
orang lain untkn menyesatkan manusia.
9. Mereka yang benar-benar yakin, Istiqomah, dan ikhlas dalam perjuangan sahaja yang akan mendapat kemenangan.
Kesimpulan
Sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT kita hendaklah yakin akan kebenaran agama Allah dan sentiasa berdoa serta bergantung kepadaNya Serahlah segala urusan dan penentuan hanya kepada Allah. Barang sesiapa yakin kepada Allah maka Allah akan menolongnya dan jika dia terkorban sekalipun pegorbanannya itu akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan ke arah kebenaran. Kita hendaklah berjemaah kerana ia akan membawa kepada keberkatan dan kebahgiaan. Sesiapa yang menolong dan membantu agama Allah di dunia maka Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat serata menetapkannya di dalam islam.

Bibiografi :
1)Al-Quran Al-Karim
2)Ma’a Qisosu Sabiqin ,Dr Solah Al-Khalidi
3)Qisosu An-Nabawi, Dr Umar Al-Asyqar
1)Al-Quran Al-Karim
2)Ma’a Qisosu Sabiqin ,Dr Solah Al-Khalidi
3)Qisosu An-Nabawi, Dr Umar Al-Asyqar
*credit to:http://aki2004.wordpress.com/2009/01/10/kisah-ashabul-ukhdud/
Subscribe to:
Posts (Atom)