Profail

ALUMNI SRI AL-HIKMAH (ASLAH)

VISI
Menjadi persatuan Islam yang unik, cemerlang dan terbilang.

MISI
Menjadi model organisasi yang terulung dan disanjungi.
Melahirkan generasi rabbani melalui latihan kepimpinan berteraskan Islam dan ilmu.
Membina jalinan ukhuwah yang srategik dan utuh.

MOTO 
"KEAKRABAN MEMBINA KEUNIKAN"

SEJARAH PENUBUHAN
  • Persatuan Alumni Pelajar Islam Sri Al-Hikmah telah diasaskan pada tahun 1999 oleh Sdr. Syahirul Khalis b. Mohamad melalui idea Guru Penasihat Pertama Alumni, Allahyarhamah Teacher Munirah bt. Muhammad untuk mewujudkan satu platform mengeratkan ikatan mahabbah bekas pelajar.
  • Alumni telah mendapat pengiktirafan rasmi dalam Muktamar Sanawi Abim Negeri Kelantan ke-29 (tahun 2001). Sdr. Syahirul Khalis b. Mohamad selaku pengasas bersama telah dilantik ke jawatan Presiden Alumni dari tahun 1999-2003.
  • Program pertama yang dianjurkan oleh persatuan ini ialah Majlis Solat Hajat pada tahun 2000. Alumni Sri Al-Hikmah telah menyambut ulang tahun ke-10 pada tahun 2009 sempena 10 tahun penubuhan (1999-2009).
  • Kini Persatuan Alumni Pelajar Islam Sri Al-Hikmah dikenali sebagai Alumni SRI Al-Hikmah (ASLAH) sejak tahun 2010. Perubahan ini seiring dengan hala tuju 10 tahun pertama yang telah menjadi asas dalam meneruskan visi & misi untuk menuju kejayaan yang lebih konsisten dan dinamik.
  • Namun begitu, ALUMNI sebelum ini telah dikenali dengan pelbagai nama seperti PASAK (Persatuan Alumni Sri ABIM Kelantan)-1999 hingga 2003, iaitu pada awal penubuhan, ASPIRASI/ASPIRASI AL-HIKMAH-2004 hingga 2009, ASLAH (Alumni Sri Al-Hikmah)-2010 hingga kini.

No comments:

Post a Comment