Thursday, August 30, 2012

Menyuluh Ukhuwwah Yang Hilang

Assalamu'alaikum w.b.t

Perhatian kepada semua ahli ASLAH,
Persatuan Alumni Pelajar Islam Sri Al-Hikmah (ASLAH) akan menggubal sistem pengurusan (Management System) yang mana telah diguna pakai sejak sekian lama. Sempena menjenama kan semula ASLAH untuk lebih kehadapan, AMT bersama penasihat ASLAHakan bermesyuarat untuk menggubal peruntukan sedia ada bermula dari portfolio kerja sehingga melantik AMT & AMK yang baru bagi memastikan matlamat yang di tetapkan akan tercapai.

Oleh itu, saya selaku Setiausaha Agung ASLAH bagi sesi 2011 mengalu-alukan cadangan dan komentar yang membina dari pihak anda semua. Juga, saya mengucapkan Tahniah dan memohon maaf akan ahli ASLAH yang bakal dilantik bagi mengisi kekosongan AMT & AMK ASLAH bagi sesi baru ni. Saya berharap ahli yang bakal dilantik terbuka hati untuk menerimanya dan dapat memberikan kerjasama bagi mengapai objektif ASLAH.

"Menyingkap Asrar Pemuda di Balik Tirai Ukhuwwah"

Sekian dari saya,

Muhammad Rabbani Bin Ruslan,
Setiausaha Agung,
Persatuan Alumni Pelajar Islam Sri Al-Hikmah. 

*BANGKITLAH REMAJA ISLAM*

-PEMUDA BERANI-

 Sewaktu peperangan Badar pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah,berlaku satu peristiwa tentang kehebatan pemuda yang berani.Abdul Rahman bin Auf r.a. menceritakan : “Ketika aku berdiri di tengah-tengah barisan semasa peperangan Badar,aku menoleh ke kanan dan ke kiriku,tiba-tiba aku terpandang dua orang pemuda Ansar yang masih remaja.Aku benar-benar berhasrat untuk bersama dengan mereka berdua.
Salah seorang daripada mereka bertanya kepadaku:’ Wahai pakcik,adakah pakcik kenal Abu Jahal?’
Aku menjawab: ‘Ya!Aku mengenalinya,mengapa kamu menghajatinya wahai anak saudaraku?’
                 Lalu dia berkata:’Aku pernah diberitahu bahawa Abu Jahal pernah mencaci maki Rasulullah s.a.wDemi allah yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya,sekiranya aku melihat Abu Jahal,aku akan berlawan dengannya satu lawan satu sehingga terbukti siapa yang akan mati terlebih dahulu.’
                Aku begitu kagum dengan tekad dan semangat anak muda tersebut.Kemudian pemuda yang seorang lagi pun berkata sedemikian kepadaku.Tidak beberapa lama kemudian,aku melihat Abu Jahal muncul dari jauh dan mundar-mandir di antara orang ramai.Aku katakan kepada kedua-dua orang pemuda itu : ‘bukankah sekarang kalian sudah melihat Abu Jahal.Itulah dia lawan yang kamu berdua tanyakan tadi.’
                Mereka mendekati Abu Jahal dan tanpa menunggu lebih lama lagi mereka menghunuskan pedang ke arah Abu Jahal sehingga dia meninggal dunia ketika itu juga.Pemuda yang berani tersebut adalah Muaz bin Amru al-Jamuh yang berusia 14  tahun dan Muawwiz bin Afra’ yang berusia 13 tahun.”  

ALLAH S.W.T BERFIRMAN,MAKSUDNYA ; “KAMI CERITAKAN KEPADAMU (WAHAI MUHAMMAD) PERIHAL MEREKA DENGAN BENAR;SESUNGGUHNYA MEREKA ITU ORANG PEMUDA YANG BERIMAN KEPADA TUHAN MEREKA,DAN KAMI TAMBAHKAN MEREKA DENGAN HIDAYAH PETUNJUK.” [SURAH AL-KAHFI 18:13}
                Jika diperhati dengan teliti,kita akan dapati bahawa pemuda-pemudi merupakan asas yang utama dalam pembinaan setiap kerja.Al-Quran sendiri jelas menegaskan beberapa ayat yang khusus menyentuh peribadi pemuda.Tidak kurang juga Baginda s.a.w. kerap kali mengisyaratkan kedudukan golongan muda pada tempat yang tinggi.rasulullah s.a.w. bersabda,maksudnya : “Seandainya agama itu berada di bintang,nescaya salah seorang daripada lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya.”
                Begitu hebatnya zaman remaja para sahabat Nabi s.a.w. yang diasuh mengikut pentarbiahan nabawi berlandaskan al-Quran dan sunnah.Generasi pemua kini memerlukan kekuatan pentarbiahan yang berterusan bagi pemantapan akidah,akhlak dan jiwa agar mereka semakin taat kepada perintah Allah.Ini bermaksud,sekiranya pemuda Islam tidak mengerti hakikat tarbiah dalam pengertian sebenar,maka tidak akan tercapai sebagaiman generasi pemuda dahulu.
                Golongan yang dinamakan pemuda mestilah mengambil langkah tertentu bagi melakukan persediaan.Apa yang digarapkan oleh Imam Hassan al-Banna kepada pemuda dalam kitabnya; Majmu’ Rasa’il merupakan panduan penting kepada kejayaan dan membina kehidupan pemuda yang gemilang.Secara ringkasnya seperti berikut: 
1-Membina peribadi Muslim 
2-Membentuk keluarga Muslim 
3-Menjana masyarakat Muslim 
4-Memilih teman yang baik